Kebimbangan dan kontroversi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Impak pandemik COVID-19

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, hanya penonton yang bermastautin di negara China dibenarkan untuk masuk ke tempat pertandingan. Pada masa yang sama, semua atlet hanya dibenarkan untuk bergerak dalam "gelembung sukan" dan perjalanan mereka turut disekat. Sekiranya seseorang atlet belum divaksinkan, atlet tersebut perlulah berkuarantin selama 21 hari setelah tiba di China. (Bahasa Inggeris: Bio-secure bubble) [18][19]

Pandemik COVID-19 turut membawa kesan terhadap kelayakan bagi beberapa sukan apabila kejohanan yang berkaitan telah dibatalkan. Persekutuan Curling Dunia mencadangkan agar slot kelayakan curling bagi Sukan Olimpik 2022 diberikan berdasarkan kedudukan atlet dalam kejohanan dunia 2021. Sebuah kejohanan kelayakan khas turut disyorkan sebagai pengganti mata yang dimenangi dalam kejohanan dunia 2020 dan 2021. Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) pula memberikan slot kelayakan bagi acara perempuan berdasarkan Ranking Dunia IIHF apabila Kejohanan Dunia Perempuan 2020 dibatalkan.[20][21]

Pemboikotan

Ekoran daripada isu Kertas Xinjiang, tunjuk perasaan Hong Kong, diplomasi Wolf Warrior dan genosid Uyghur, terdapat pihak yang menggesa negara-negara Barat agar memboikot edisi Sukan Olimpik ini.[22][23][24][25] Ahli politik dan pemimpin beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,[26] Kanada dan Australia[27] telah mencadangkan kerajaan mereka agar tidak menghantar kontijen ke temasya tersebut. Selain itu, terdapat juga individu yang mengharapkan temasya ini boleh dianjukan di tempat lain,[28][29] manakala ada yang mengharapkan pemimpin dan pegawai kerajaan negaranya untuk melakukan "boikot diplomatik" dengan tidak menghadiri Beijing 2022.[30] Terdapat juga beberapa alternatif lain yang dicadangkan seperti menarik balik penajaan kepada Sukan Olimpik 2022 dan tidak menyiarkan acara Olimpik. [31][32]

Pada Februari 2021, syarikat akhbar milik kerajaan China, Global Times, telah mengatakan bahawa negara China akan menyekat mana-mana negara yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[33][34] IOC pula mengatakan bahawa mereka kekal neutral dalam semua isu politik dan tindakan menganugerahi hak penganjuran kepada sesebuah negara tidak bermakna organisasi tersebut menyokong struktur politiknya, keadaan sosialnya atau standard hak asasi manusianya.[35] Pada Sukan Olimpik Tokyo, IOC telah menggantungkan NOC Korea Utara kerana negara tersebut tidak menyertai Sukan Olimpik. Hal ini telah menyebabkan berlakunya spekulasi bahawa IOC juga akan menggantung mana-mana NOC yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[36][37]

Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 http://olympics.nbcsports.com/2017/12/15/beijing-2... http://www.xinhuanet.com/english/2019-09/17/c_1383... http://www.olympic.org/news/first-ioc-executive-bo... http://www.olympic.org/news/rising-interest-in-oly... https://7news.com.au/sport/winter-olympics/china-t... https://www.insidethegames.biz/articles/1104119/be... https://www.cbc.ca/sports/olympics/canada-should-c... https://www.cbc.ca/sports/olympics/winter/curling/... https://www.rcinet.ca/en/2020/06/10/boycott-the-20... https://www.beijing2022.cn/a/20190917/007476.htm